Madu dan Cirit-Birit
Kategori: Stomach and Gastronomy | Oleh: Hakeema Rozainah
Bacaan 5 minit
Cirit-birit berlaku kerana usus menolak tinja atau najis sebelum air diserap. Ini boleh berlaku apabila terdapat keradangan pada lapisan usus yang menyebabkan lebihan cecair mengalir masuk pada najis. Ini juga merupakan reaksi semula jadi jasad bagi menyingkirkan bendasing seperti bakteria berbahaya dan toksin daripada sistem pencernaan. Keracunan makanan amatlah sinonim dengan cirit-birit.
Cirit-birit adalah masalah pencernaan yang disebabkan oleh:
Keracunan makanan berlaku disebabkan makanan yang telah tercemar dengan bakteria, virus dan parasit. Bakteria yang kebiasaannya menjadi penyebab keracunan makanan ialah bakteria E.coli dan bakteria Salmonella. Namun, terdapat juga bakteria lain yang boleh menjadi punca cirit-birit seperti Shigella, Campylobacter yang kebiasaannya pada kanak-kanak, Yersinia dan Clostridium.
Bukti Kajian Sains
Antibakteria
Madu mempunyai sifat antibakteria yang mampu membunuh bakteria termasuklah bakteria E.coli dan Salmonella yang menjadi punca kepada cirit-birit. Bawang putih juga memiliki sifat antibakteria tersendiri. Kajian mendapati campuran madu dan bawang putih memberi kesan sinergistik, iaitu kesan yang lebih baik berdasarkan zon perencatan bakteria.
Oleh itu, tidak hairanlah, mengapa Ibnu Sina Wellness menggabungkan Lote Tree Honey dan bawang putih yang dipanggil Lote Tree Honey Pearl Garlic.
Mengurangkan jangka masa cirit-birit yang dialami
Kajian mendapati madu dapat menyingkatkan masa cirit-birit dalam kalangan pesakit yang mengalami jangkitan kuman pada perut melalui sifat antibakteria yang ada pada madu. Bakteria akan mula berkurangan setelah meminum madu. Hal ini kerana madu mengandungi hidrogen peroksida yang mampu membunuh bakteria dan kulat berbahaya.
Memberi kesan kelegaan
Madu tulen terutamanya Lote Tree Honey memberi kesan kelegaan bagi sistem pencernaan dan membantu mengurangkan simptom cirit-birit. Kajian terhadap 150 orang kanak-kanak dengan masalah keradangan perut akut mendapati kanak-kanak yang meminum madu bersama cecair rehidrasi memberi kesan kesembuhan cirit-birit dengan lebih baik daripada kanak-kanak yang tidak meminum madu.
Allah Yang Maha Pemberi Petunjuk (Al-Hadi) sentiasa memberi bimbingan dan hidayah kepada hamba-Nya dalam setiap bidang kehidupan demi kesihatan dan kesejahteraan. Kepentingan dalam menjaga jasad dengan mengambil makanan yang bersih, segar dan halalan toyyiban ada perlu agar dapat mencegah daripada terkena cirit-birit. Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, Allah SWT telah mencipta lebah kerana madu di badannya yang mengadungi antibakteria boleh dijadikan sebagai ubat bagi menyembuhkan pelbagai penyakit termasuklah cirit-birit. Pernah berlaku peristiwa Rasulullah SAW didatangi seseorang lelaki yang mangadu saudaranya mengalami sakit perut. Rasulullah SAW menyuruh orang itu memberikan minuman madu kepada saudaranya. Setelah 3 kali minum, ternyata orang itu sembuh. Begitulah kasihnya Allah SWT kerana sentiasa memberi petunjuk dan peringatan kepada hamba-Nya agar mengikut gaya hidup fitrah agar sentiasa sihat walafiat dan tidak menzalimi diri sendiri. Sesungguhnya, kita hanya berikhitar dan merancang, Allah SWT juga yang menentukan segalanya.
Rujukan :
Alamat
Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Nombor Telefon
Waktu Operasi
Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)E-mel
konsultasi@ibnusinawellness.com0 Klik
Copyright @ 2025 Ibnu Sina Wellness. All Rights Reserved.
Kelas yang ditawarkan adalah khusus untuk para pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka. Kelas ini sesuai bagi pelajar seawal SPM dan bagi mereka yang ingin meningkat atau memperbaiki subjek akademik.
Bagi pelanggan yang pertama kali
menggunakan sistem kami, Sila klik pada
Daftar akaun baru bagi meneruskan proses seterusnya.
Pendaftaran
Login Akaun
Sila isi maklumat berikut dan klik pada butang Daftar.
Bagi memastikan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah BENAR.
Bagi bahagian “Password” atau katalaluan, pengguna perlu memasukkan kombinasi daripada huruf besar, huruf kecil dan nombor serta perlu melebihi 8 aksara.
Rawatan Alternatif & Bimbingan Holistik Terunggul berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina
SESI PERCUMA SANGAT TERHAD
Kami sedang menempah
untuk anda
Copyright @ 2025 Ibnu Sina Wellness. All Rights Reserved.