Apakah tanda-tanda kanser paru-paru?
Kategori: Lungs | Oleh: Hakeema Rozainah
Bacaan 5 minit
Apakah tanda-tanda kanser paru-paru?
Apakah simptom kanser paru-paru?
Apakah gejala kanser paru-paru?
Kanser paru-paru adalah sejenis penyakit malignan yang disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel
yang tidak terkawal khususnya di bahagian paru-paru. Tanda-tanda seseorang menghidapi
kanser paru-paru ialah batuk berterusan yang bertambah buruk, nafas berbunyi (wheezing),
nafas pendek, sakit dada dan lebih sakit apabila menarik nafas panjang, suara serak, batuk
berdarah atau berkahak yang berwarna perang, hilang selera makan dan badan susut.
Longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, jangkitan kuman dan
virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol yang tersumbat dalam sistem enjin jasad
terutamanya organ paru-paru menjejaskan fungsi fitrahnya lalu mendorong pembentukan
kanser pada paru-paru.
Formulasi Overhaul Body™ berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina terbukti secara saintifik
dapat menghapuskan punca penyakit hingga ke akar umbi sel dan mengembalikan
keseimbangan jasad agar dapat merawat penyakit mengikut Teknologi Fitrah TANPA KIMIA-TANPA BEDAH-TANPA RADIASI.
Untuk mengetahui lebih lanjut, Tanyalah Hakeem/Hakeema
Tanda-tanda dan gejala kanser paru-paru pesakit bergantung kepada lokasi dan saiz tumor serta
sama ada terdapat kawasan kanser merebak setempat ataupun jauh dari paru-paru. Antara
tanda-tanda kanser paru-paru ialah:
Seseorang itu mengalami nafas pendek kerana jasad tidak mendapat gas oksigen yang cukup
untuk diproses oleh paru-paru untuk dibekalkan kepada jasad.
Apabila berlaku keradangan pada tekak atau salur pernafasan, ia akan menyebabkan terjadinya
ketumbuhan yang menghalang pernafasan lalu menghasilkan nafas yang berbunyi. Batuk
terjadi akibat dari reaksi jasad untuk mengeluarkan bendasing daripada saluran pernafasan.
Namun begitu, ketumbuhan yang menghalang pernafasan ini tidak dapat dikeluarkan melalui
batuk malah ketumbuhan yang semakin membesar menyebabkan batuk semakin teruk. Batuk
berdarah akan terjadi apabila ketumbuhan telah merebak ke bahagian lain lalu menyebabkan
pendarahan. Sakit dada pula adalah reaksi jasad yang merasa sakit kerana ketumbuhan di dalam jasad.
Allah Yang Maha Terpuji (Al-Hamid) telah menciptakan sesuatu itu dengan baik termasuklah
organ paru-paru. Kebijaksanaan Allah dalam mencipta paru-paru seperti span yang
berteknologi tinggi untuk menyerap udara yang bersih dan berkualiti. Namun kerana gaya
hidup manusia itu sendiri yang suka merokok, membakar sampah dan sebagainya telah
menyebabkan udara tercemar. Kotoran-kotoran ini menyebabkan longgokan toksin beracun
yang menjejaskan fitrah asal sel-sel yang normal lalu mengakibatkan sel-sel bercambah tanpa
kawalan dan mencetuskan kanser paru-paru.
Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis
masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun
Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menyelesaikan masalah penyakit
kronik. Rawatan Overhaul Body™ yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness dapat
menghapuskan punca penyakit hingga ke akar umbi sel dan mengembalikan keseimbangan
jasad agar dapat merawat penyakit mengikut Teknologi Fitrah.
Rujukan :
Signs and Symptoms of Lung Cancer. Diperoleh pada 7 Februari 2021 daripada: https://www.cancer.org/cancer/lung-cancer/detection-diagnosis-staging/signssymptoms.html
Alamat
Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Nombor Telefon
Waktu Operasi
Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)E-mel
konsultasi@ibnusinawellness.com0 Klik
Copyright @ 2025 Ibnu Sina Wellness. All Rights Reserved.
Kelas yang ditawarkan adalah khusus untuk para pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka. Kelas ini sesuai bagi pelajar seawal SPM dan bagi mereka yang ingin meningkat atau memperbaiki subjek akademik.
Bagi pelanggan yang pertama kali
menggunakan sistem kami, Sila klik pada
Daftar akaun baru bagi meneruskan proses seterusnya.
Pendaftaran
Login Akaun
Sila isi maklumat berikut dan klik pada butang Daftar.
Bagi memastikan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah BENAR.
Bagi bahagian “Password” atau katalaluan, pengguna perlu memasukkan kombinasi daripada huruf besar, huruf kecil dan nombor serta perlu melebihi 8 aksara.
Rawatan Alternatif & Bimbingan Holistik Terunggul berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina
SESI PERCUMA SANGAT TERHAD
Kami sedang menempah
untuk anda
Copyright @ 2025 Ibnu Sina Wellness. All Rights Reserved.