Apakah simptom obesiti atau kegemukan ?

Kategori: Obesity | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


Obesiti adalah keadaan dimana seseorang itu mengalami berat badan berlebihan. Pengumpulan

lemak berlebihan dalam jasad akan menjejaskan kesihatan. Individu obesiti mempunyai risiko tinggi

untuk mendapat penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Obesiti

ditentukan oleh pengiraan indeks jisim badan (BMI) yang mengukur berat badan dan ketinggian

seseorang. Pengiraan yang melebihi kadar tertentu dikira sebagai berat berlebihan dan seterusnya obesiti.


Antara simptom-simptom obesiti ialah:

  • Susah tidur.
  • Sakit sendi atau belakang.
  • Kerap berpeluh.
  • Tidak tahan panas.
  • Jangkitan pada kulit berlipat.
  • Keletihan.
  • Depresi.
  • Nafas pendek.


Susah tidur juga boleh mendorong kepada obesiti kerana seseorang yang kurang tidur membuatkan

selera makan menjadi bertambah. Kurang tidur juga mengakibatkan keletihan. Apabila seseorang itu

makan secara berlebihan dan tidak dikawal, ini akan mengundang pelbagai jenis penyakit lain seperti

penyakit jantung dan sebagainya. Individu obesiti juga mudah mendapat jangkitan pada kulit

berlipat. Ini adalah keadaan dimana kulit mengalami jangkitan bakteria atau yis. Keadaan ini terjadi

kerana kelembapan pada kawasan berlipat yang bergeser antara satu sama lain. Individu obesiti

lebih kerap berpeluh berbanding individu yang mempunyai berat badan ideal kerana peningkatan

kelenjar peluh yang aktif. Obesiti juga boleh menjurus kepada depresi apabila hilang keyakinan diri

kerana merasakan rupa fizikal dirinya kurang menarik. Obesiti menyebabkan nafas menjadi pendek

kerana otot dada dan abdomen menampung berat badan berlebihan bagi mengawal pernafasan.

Sendi atau bahagian belakang juga akan mula berasa sakit kerana jasad memikul beban berat badan

yang berlebihan.


Allah Yang Maha Penjaga (Al-Hafiz) telah menciptakan pancreas dan organ lain bekerjasama satu

sama lain untuk menjaga jasad manusia daripada kandungan lemak berlebihan yang boleh

memudaratkan jasad. Allah SWT juga telah menciptakan insulin yang dirembeskan oleh pankreas

untuk memantau dan mengawasi kandungan gula dalam darah. Namun, akibat tabiat manusia yang

tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel

daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit obesiti. Dengan adanya simptom ini,

manusia hendaklah lebih berhati-hati dan mengawal diri dan nafsu. Setiap larangan Allah SWT itu

pasti ada hikmahnya tersendiri. Makanlah makanan yang sihat dan berkhasiat agar kesihatan kita

terpelihara. Namun harus diingat bahawa obesiti juga boleh menyebabkan kegagalan jantung dan

jantung berdegup laju yang boleh menyebabkan penyakit lain. Cegah dahulu sebelum terlambat.


Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis

masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun

Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik

hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad.

Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali

fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).


Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik

link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Rujukan :

  • Diperoleh pada 6 Mei 2021 daripada: https://www.clinicbarcelona.org/en/assistance/obesity
  • Is too little sleep a cause of weight gain? Diperoleh pada 6 Mei 2021 daripada: https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/expertanswers/sleep-and-weight-gain/faq-20058198
  • Hyperhidrosis and Obesity. Diperoleh pada 6 Mei 2021 daripada: https://link.springer.com/chapter/10.1007/978-3-319-89527.
  • Patient education: Shortness of breath (dyspnea).(Beyond the Basics. Diperoleh pada 6 Mei 2021 daripada: https://www.uptodate.com/contents/shortness-ofbreath-dyspnea-beyond-the-basics.)
  • Diperoleh pada 6 Mei 2021 daripada: https://www.healthline.com/health/obesity
  • Intertrigo: Everything you need to know. Diperoleh pada 6 Mei 2021 daripada: https://www.medicalnewstoday.com/articles.

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW