Apakah punca kencing tak lawas?

Kategori: Kidneys | Oleh: Hakeema Rozainah

Bacaan 5 minit

Kongsi


Kencing tak lawas menunjukkan terdapat kerosakan pada sistem enjin jasad terutamanya di

bahagian buah pinggang. Kegagalan buah pinggang berfungsi secara fitrah disebabkan

longgokan toksin beracun dalam bentuk minuman beralkohol, jangkitan kuman, bahan kimia,

logam berat, asap rokok, suplemen, daging dan makanan tidak sihat yang tersumbat pada

dinding buah pinggang boleh mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel

baharu, seterusnya melemahkan buah pinggang. Kekurangan sel boleh menyebabkan buah

pinggang tidak dapat berfungsi secara efisien lalu mengakibatkan kencing tak lawas.


Formulasi Overhaul Body™ berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina terbukti secara saintifik

dapat menghapuskan punca penyakit hingga ke akar umbi sel dan mengembalikan

keseimbangan jasad agar dapat merawat penyakit mengikut Teknologi Fitrah TANPA KIMIA-TANPA BEDAH-TANPA RADIASI.

*Bagi penghijrah yang sedang melakukan rawatan Overhaul Body™, sila rujuk coach berkenaan simptom kencing tak lawas ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut, Tanyalah Hakeem/Hakeema.


Kencing tak lawas merupakan satu keadaan kebocoran air kencing yang berlaku secara tidak

sengaja. Selain itu, kerap membuang air juga turut dikaitkan dengan kencing tak lawas. Dalam

Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai Urinary Symptom, Urinary Tract Infection (UTI) dan juga

Bladder Infection. Namun begitu, kencing tak lawas yang berlaku kepada golongan lelaki dan

wanita mungkin disebabkan oleh penyakit berlainan.


Bagi lelaki, kencing tak lawas mungkin disebabkan oleh kanser prostat. Kanser prostat

menyebabkan salur uretra mengalami kerosakan sehingga menyebabkan prostat mengalami

pembesaran, seterusnya menghalang air kencing daripada dipam keluar. Pengumpulan air

kencing di dalam pundi kencing bukan sahaja menyebabkan rasa tidak selesa, tetapi ia boleh

mengakibatkan air kencing mengalir semula ke dalam tiub buah pinggang (ureter). Longgokan

toksin beracun seperti kuman dan virus dalam air kencing yang tersumbat pada dinding buah

pinggang boleh mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu,

seterusnya melemahkan buah pinggang.


Kebanyakan golongan wanita yang berumur menderita penyakit kencing tak lawas disebabkan

oleh menopaus. Menopaus berlaku setahun selepas haid berhenti secara kekal disebabkan oleh

ovari yang sudah kehilangan fungsi fitrahnya. Ovari memainkan peranan penting dalam

merembes hormon seks iaitu estrogen dan progestron. Hormon estrogen terutamanya

meningkatkan perkembangan sihat ciri-ciri seks golongan wanita semasa akil baligh dan juga

untuk kesuburan. Hormon estrogen juga memainkan peranan penting terhadap fungsi bahagian

bawah saluran kencing dan kedua-dua estrogen dan progestron memberikan kekuatan kepada

otot-otot faraj, uretra, pundi kencing dan bahagian pinggul. Namun begitu, selepas mengalami

menopaus, hormon estrogen dan progestron tidak lagi dihasilkan mengakibatkan bahagian

bawah saluran kencing, otot-otot faraj, uretra, pundi kencing dan bahagian pinggul menjadi

lemah. Kelemahan bahagian ini menyebabkan kencing tak lawas dalam golongan wanita.


Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah

aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah

telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya

lalu mencetuskan penyakit. Allah Yang Maha Berkuasa (Al-Malik) memiliki jasad kita dan

segalanya. Allah SWT mampu mendatangkan dan menghilangkan segala penyakit sekiranya

kita berikhtiar untuk berubah dan mengamalkan gaya hidup fitrah. Namun harus diingat bahawa

kencing tak lawas juga boleh menjadi petanda lain. Bagi penghijrah yang sedang melakukan rawatan

Overhaul Body™, sila rujuk coach mengenai simptom kencing tak lawas yang dialami.


Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis

masalah buah pinggang. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan

Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menyelesaikan masalah

penyakit kronik. Rawatan Overhaul Body™ yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness dapat

menghapuskan punca penyakit hingga ke akar umbi sel dan mengembalikan keseimbangan

jasad agar dapat merawat penyakit mengikut Teknologi Fitrah.

Rujukan :

  • Robinson, D., Toozs-Hobson, P. and Cardozo, L., 2013. The effect of hormones on the lower urinary tract. Menopause International, 19(4), 155-162.

Alamat

Country Heights,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+60389663696 / +60389663696 (WhatsApp)

Waktu Operasi

Isnin (8.30 pagi – 12.00 tengahari)
Rabu sehingga Ahad (9.30 pagi – 5.30 petang)
Selasa (Cuti)

E-mel

konsultasi@ibnusinawellness.com

Langgani Buletin ISW

Ikuti Media Sosial ISW